UMRAH TTT
TRAIN THE TRAINER
LATIHAN PRAKTIKAL
BIMBINGAN PAKAR
PENGALAMAN SEBENAR
PELUANG JANA PENDAPATAN
APA ITU UMRAH TTT?
Umrah TTT (Train the Trainer) ialah program khusus oleh Eijaz Travel untuk melatih bakal trainer dalam pengendalian jemaah di Haramain.
Peserta akan merasai sendiri pengalaman kerja lapangan, mempelajari operasi sebenar serta teknik bimbingan jemaah secara praktikal.
Pembelajaran Bersistem
Teori & praktikal bersama trainer berpengalaman.
Pengalaman Sebenar
Terlibat dalam operasi di Taif, Makkah & Madinah.
Tingkatkan Kemahiran
Komunikasi, pengurusan dan penyelesaian masalah.
Peluang Menjadi Ejen EIJAZ
Sertai rangkaian EIJAZ dan bina kerjaya dalam industri Umrah.
SAMBUNGAN KEPADA KEJAYAAN
Umrah TTT 1.0 telah menerima sambutan yang sangat positif dengan ramai peserta kini sudah aktif sebagai Ejen EIJAZ. Kini, kami membuka peluang baharu untuk anda menyertai Umrah TTT 2.0 dengan lebih banyak pengalaman, ilmu dan pendedahan.
40 slot sahaja
APA KATA PESERTA TTT 1.0
Satu Pengalaman Yang Sangat Berbaloi
Alhamdulillah, overall trip Umrah kali ni memang padat, penat tapi puas hati 😆 Dari Taif, Makkah, Badar sampai Madinah, memang banyak tempat dan pengalaman dapat dalam satu trip.
Paling special bagi akak Badar ❤️ sebab first time sampai sana.
Bab makan pun macam-macam nasi talam.. 😂 tak sempat makan megi bawa dari Malaysia🤣
Overall memang berbaloi dan banyak kenangan dapat bawa balik. Terima kasih Eijaz & semua team 🤍
Ilmu Yang Tak Dapat Dari Dalam Kelas
Honestly, saya sangat bersyukur dapat join Umrah TTT ni. Pada awalnya saya join sebab nak cuba sesuatu yang baru dan tak sangka sepanjang program ni saya dapat belajar banyak benda, bukan tentang sirah ja tapi juga cara untuk menyampaikan cerita kepada orang lain.
Selain ilmu yang saya dapat, program ni juga bagi saya satu pengalaman yang sangat bermakna dan mungkin tak akan saya dapat di tempat lain. Banyak benda yang buat saya keluar daripada comfort zone, belajar untuk lebih yakin dan cuba sesuatu yang sebelum ni saya tak pernah bayangkan akan buat. Overall, memang satu pengalaman yang sangat berharga untuk saya dan insyaAllah ilmu yang dapat ni boleh digunakan dan dikongsikan dengan orang lain nanti 🤍
Lebih Yakin Untuk Melangkah Sebagai Ejen Eijaz
Alhamdulillah, sepanjang saya diberi kesempatan untuk perserta TTT 1.0 dan praktikal petugas bagi urusan umrah kali ini, banyak pengalaman dan kenangan yang sangat bermakna saya perolehi.
Saya juga sangat berterima kasih kepada semua jemaah atas kerjasama, kesabaran dan kepercayaan yang diberikan kepada kami sebagai petugas. Kalau ada kekurangan daripada pihak kami sepanjang menguruskan jemaah, saya mohon maaf dengan seikhlas hati.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita, mengurniakan umrah yang mabrur dan menjemput kita semua kembali lagi ke Tanah Suci. 🤲🏻
Terima kasih atas segala kenangan. Alhamdulillah untuk pengalaman yang sangat indah ini. 🌷
Lebih Yakin Untuk Melangkah Sebagai Ejen Eijaz
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk bersama Team Eijaz dalam perjalanan TTT 1.0. Satu pengalaman yang sangat berharga dan pastinya akan menjadi kenangan yang saya simpan dalam hati.
Sepanjang TTT, pembelajaran yang diberikan begitu menyeluruh. Bukan sekadar belajar tentang perjalanan umrah, tetapi kami dibimbing dari A to Z - bagaimana menyantuni jemaah, mengurus situasi, bekerja dalam pasukan dan yang paling penting, bagaimana mendidik diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik.
Terima kasih buat semua tenaga pengajar dan team yang bertungkus-lumus merangka setiap plan, modul dan perjalanan TTT. Khas buat Ustazah Farah, terima kasih atas segala pengorbanan masa, tenaga dan fikiran. Banyak yang Ustazah korbankan sehingga akhirnya TTT berjaya dilahirkan dan kami dapat merasai sendiri pengalaman ini. Jazakillahu khairan kathira, Ustazah. ❤️
Terima kasih TTT untuk sebuah perjalanan yang mengajar saya banyak perkara — tentang ilmu, pengorbanan, persahabatan, kepimpinan dan erti sebenar berkhidmat.
Lebih Yakin Untuk Melangkah Sebagai Ejen Eijaz
Bismillaahirrohmanirrohim, Alhamdulilaah 'ala kulli haal...tiada kata yg tak terucap hanya syukur yg teramat besar atas nikmat dan peluang jemputan khas dariNya untuk kk nor jalani latihan bagi memantapkan ilmu pengetahuan dan mengenali tempat² bersejarah dgn lebih detail.
Tahniah buat semua warga kerja Eijaz yg banyak mengorbankan masa, tenaga dan idea demi menghidupkan TTT 1.0 terutama @HjhFarahHayanaHjIdris @Cikgu Zamzuri
Khas buat Ustazah Farah, terima kasih atas segala pengorbanan masa, tenaga dan fikiran. Banyak yang Ustazah korbankan sehingga akhirnya TTT berjaya dilahirkan dan kami dapat merasai sendiri pengalaman ini. Jazakillahu khairan kathira, Ustazah. ❤️
Lebih Yakin Untuk Melangkah Sebagai Ejen Eijaz
Assalamualaikum wbt
🌼 Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt kerana dijemput lagi bertamu ke Rumahnya & menziarahi Rasullullah di bulan kelahirannya
🌼 Tahniah EIJAZ TRAVEL kerana telah melancarkan program TTT buat julung kalinya. Saya berharap agar pihak pengurusan berpuas hati dengan performance pelatih dan sekiranya ada kekurangan & kelemahan, kami mohon maaf dan akan cuba perbaiki jika diberi lagi peluang mengendalikan jemaah.
🌼terima kasih hjh Farah usahakan ziarah raudah..pengalaman dapat masuk 2x berturut² tu sangat manis🥰
GALERI MOMEN TTT










