1. Syarat Tempahan Pakej
- Pelanggan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak syarikat atau wakil syarikat yang sah untuk mendapatkan maklumat kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
- Setiap tempahan perlu disertakan dengan wang deposit sebanyak RM2,000 seorang termasuk bayaran visa. Bayaran penuh perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi mengelakkan pembatalan pakej.
- Pembayaran hanya boleh dibuat melalui pindahan atas talian (online transfer) di atas nama EIJAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD melalui nombor akaun BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 0201 1010 1508 49. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran perlu diserahkan kepada pihak syarikat.
- Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan visa dari kerajaan Arab Saudi.
- Aturcara perjalanan dan lawatan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP semasa oleh kerajaan Arab Saudi.
- Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar yang menyokong aplikasi Nusuk. Aplikasi ini wajib dimuat turun oleh pelanggan untuk digunapakai di Arab Saudi.
- Pelanggan yang bercadang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Eijaz Travel & Tours Sdn Bhd terlebih dahulu.
- Pihak pengurusan Eijaz Travel & Tours Sdn Bhd berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
2. Wang Pendahuluan (Deposit)
- Wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM 2000 seorang bagi pakej Umrah dan RM 500 seorang bagi pakej Pelancongan apabila membuat tempahan. Wang pendahuluan ini tidak akan dikembalikan jika peserta membatalkan tempahan kecuali sakit tenat atau meninggal dunia. Baki pembayaran hendaklah dibayar 60 hari sebelum berlepas.
3. Pembatalan oleh Pelanggan
- Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.
- Permohonan pembatalan perlu dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Eijaz Travel & Tours Sdn Bhd.
- Pembatalan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerbangan tidak akan mendapat pulangan wang. Sekiranya masih ada baki pembayaran yang belum dijelaskan, surat tuntutan dari firma guaman akan dikeluarkan.
- Pembatalan yang melebihi tempoh 60 hari dari tarikh penerbangan akan dikenakan caj RM1,000 seorang serta caj-caj yang melibatkan tempahan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, visa yang telah dibuat dan lain-lain caj yang berkaitan.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan Eijaz Travel & Tours Sdn Bhd.
4. Pembatalan Disebabkan Faktor Luar Kawalan Syarikat
- Eijaz Travel & Tours Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan pakej umrah jika berlaku keadaan luar jangka dan memaksa seperti pandemik, bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
- Eijaz Travel & Tours Sdn Bhd akan mengesyorkan tarikh alternatif yang sama nilai dengan pakej umrah yang ditempah oleh pelanggan.
- Sekiranya pelanggan tidak menerima tawaran alternatif yang diberikan, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kembali selepas ditolak caj berikut:
- Caj RM300 atau 15% seorang dari harga pakej (mengikut mana yang lebih tinggi) serta termasuk;
- Apa-apa caj penalti yang dikenakan oleh syarikat penerbangan atau;
- Sebarang bayaran yang telah dibayar oleh Eijaz Travel & Tours Sdn Bhd kepada mana-mana pembekal atau pihak ketiga.
- Pelanggan yang berdaftar tertakluk kepada semua syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan oleh Eijaz Travel & Tours Sdn Bhd.