Bromo – Ijen – Tumpak Sewu – Surabaya
(Opsyen Tambahan: Air Terjun Madakaripura)
Ringkasan
Alami pengembaraan epik merentasi tiga destinasi alam semula jadi terindah di Jawa Timur! Mulakan hari anda dengan menyaksikan matahari terbit di puncak Gunung Bromo, nikmati fenomena langka Blue Fire di Kawah Ijen, dan teroka air terjun megah Tumpak Sewu – sering digelar “Niagara Indonesia”.
Highlights
- Gunung Bromo Sunrise Tour
- Blue Fire Ijen Crater
- Air Terjun Tumpak Sewu
- Pengalaman Budaya & Alam Semula Jadi
- Kemudahan & Keselesaan
Aturcara
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, anda akan disambut oleh wakil Eijaz Travel. Perjalanan diteruskan ke kawasan Bromo dengan pengangkutan yang selesa (anggaran 3–4 jam).
Setibanya di Bromo, daftar masuk ke hotel seperti Cemara Indah Bromo, Parama Hotel Bromo atau Yoschis Hotel.
Aktiviti bebas untuk berehat dan menikmati udara gunung yang segar. Makan malam disediakan.
02.30 pagi – Bertolak dengan jip 4WD ke Penanjakan 1 / Kingkong Hill / Bukit Prau / Seruni Point untuk menyaksikan matahari terbit yang menakjubkan di Gunung Bromo.
Selepas itu, lawatan diteruskan ke Bukit Widodaren, Lautan Pasir, Pasir Berbisik dan Kawah Bromo (boleh memilih untuk berjalan kaki atau menunggang kuda).
Kemudian kunjungi Bukit Teletubbies yang terkenal dengan landskap rumput bergelombang.
09.30 pagi – Kembali ke hotel
12.00 tengah hari – Sarapan dan daftar keluar
Perjalanan diteruskan ke kawasan Ijen (anggaran 5–6 jam perjalanan).
Daftar masuk ke Hotel Ijen View, Riverside Homestay atau Hotel Dreamland.
Makan malam dan berehat sebelum pendakian awal pagi ke Ijen.
12.00 tengah malam – Bertolak ke Paltuding, pintu masuk pendakian ke Kawah Ijen (sarapan bungkus disediakan)
02.00 pagi – Mulakan pendakian ke puncak Ijen (±1.5 jam)
04.00 pagi – Saksikan fenomena menakjubkan Blue Fire
06.45 pagi – Nikmati panorama tasik sulfur dari puncak Ijen
07.00 pagi – Turun semula dan kembali ke hotel
12.00 tengah hari – Daftar keluar dan bertolak ke kawasan Tumpak Sewu (±5 jam perjalanan)
17.30 petang – Tiba dan daftar masuk ke Yanto Cottages, Artha Cottages atau Tumpak Sewu Homestay
Makan malam dan rehat
05.00 pagi – Lawatan ke Teras Semeru dan Panorama Kapas Biru
07.00 pagi – Sarapan pagi
08.00 pagi – Lawatan ke Panorama Air Terjun Tumpak Sewu dan turun ke dasar air terjun (±30 minit berjalan kaki)
Lawatan diteruskan ke Wall Nirwana, Blue Lake dan Gua Tetes (Drip Cave) – tempat-tempat ikonik yang dikelilingi keindahan semula jadi
12.00 tengah hari – Daftar keluar dan bertolak ke bandar Malang
18.00 petang – Aktiviti membeli-belah dan makan malam di Malang
21.00 malam – Tiba di Surabaya, bersedia untuk berlepas pulang ke Malaysia.
Includes/Excludes
Pakej Termasuk
- Tiket penerbangan
- Penginapan 3 bintang
- Makan Sarapan Pagi
- Kenderaan berhawa dingin sepanjang lawatan
- Tiket masuk ke semua tempat lawatan seperti dinyatakan
- Tour guide tempatan berpengalaman (fasih Bahasa Melayu)
- Air mineral harian
- Tip untuk pemandu dan tour guide
- Pengurusan solat berjemaah & waktu solat dijaga
Pakej Tidak Termasuk
- Perbelanjaan peribadi (minuman tambahan, dobi, telefon, dll.)
- Makanan & minuman tambahan di luar itinerari
- Bayaran lebihan bagasi (jika ada)
- Ujian kesihatan atau dokumen perjalanan (jika diperlukan – vaksin, PCR, dll.)
- Aktiviti tambahan yang tidak dinyatakan dalam itinerari
- Tipping tambahan (jika peserta ingin beri lebih kepada guide/pemandu)
- Caj bilik tunggal (single supplement) bagi peserta yang tidak mahu berkongsi bilik
- Perkara-perkara lain yang tidak disebut dalam senarai "Pakej Termasuk"
- Horse in Bromo IDR.300k/Person
- Cost Madakaripura IDR.130K/Person
FAQs
Pakej ini sesuai untuk dewasa dan remaja yang mempunyai tahap kesihatan dan kecergasan sederhana. Aktiviti seperti pendakian Kawah Ijen dan turun ke dasar Air Terjun Tumpak Sewu melibatkan berjalan kaki yang agak mencabar. Kanak-kanak bawah 10 tahun dan warga emas perlu dipertimbangkan mengikut tahap kesihatan masing-masing.
Pendakian ke Kawah Ijen mengambil masa lebih kurang 1.5 jam, dengan laluan yang menanjak. Ia tidak memerlukan peralatan teknikal, namun memerlukan stamina sederhana. Peserta yang mempunyai masalah jantung atau pernafasan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum menyertai.
Musim kering (Mei hingga Oktober) adalah masa terbaik kerana cuaca lebih stabil dan selamat untuk aktiviti luar. Walau bagaimanapun, pakej ini tersedia sepanjang tahun bergantung kepada keadaan cuaca dan status keselamatan kawasan.
Berikut ialah senarai barangan penting:
Powerbank, kamera dan pelindung kamera dari air
Jaket tebal / windbreaker (suhu boleh turun hingga 5°C di Bromo & Ijen)
Kasut trekking yang sesuai
Lampu kepala atau suluh (untuk pendakian malam)
Sarung tangan, topi & scarf
Pakaian hujan (jika musim lembap)
Ubat-ubatan peribadi
Ya, dinasihatkan membawa sejumlah wang tunai untuk membeli makanan ringan, ole-ole, atau tips (jika perlu), terutama di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan e-wallet atau kad kredit.
Ya, lawatan ke Air Terjun Madakaripura adalah atas permintaan dan bergantung kepada masa serta keadaan cuaca. Lawatan ini biasanya dilakukan selepas lawatan Bromo (Hari 2) sebelum menuju ke kawasan Ijen. Sila maklumkan semasa tempahan jika anda ingin memasukkan lokasi ini.
Ya, harga pakej ini sudah termasuk tiket penerbangan.
Pakej ini sesuai untuk pelancongan kumpulan kecil atau sederhana (2–15 orang). Untuk kumpulan yang lebih besar, pengaturan khas akan dilakukan termasuk kenderaan dan penginapan berasingan.
Ya, pakej ini boleh disesuaikan mengikut keperluan anda termasuk jenis penginapan, masa lawatan, dan tempat tambahan seperti Malang atau Batu. Hubungi kami untuk rundingan pakej peribadi.